Althea Bare Essentials, Althea Bare Essentials Bagus Ke?, Althea Exclusives, Althea Korea, Produk Penjagaan Wajah, Bare Essentials, Gosip Tentang Althea Bare Essentials, K-Beauty, Kedai Online Althea Korea, Baby Baru Althea

Produk Penjagaan Wajah Althea Bare Essentials Dari Althea Korea Ni Bagus Ke?

Produk Penjagaan Wajah Althea Bare Essentials Dari Althea Korea Ni Bagus Ke? | Kali ni saya nak bergosip sikit tentang produk kecantikkan dan penjagaan wajah dari Althea Korea. Maklumlah orang perempuan kalau dapat sesuatu produk kalau tak bercerita tentang produk yang dia pakai memang tak sah. Samada produk tu bagus ke atau tidak ke, mesti ada aje nak di gosipkan..hehehe.

Kali ni saya bukan nak bergosip pasal orang ya, saya hanya nak bergosip sikit pasal Althea Korea ni. Alaa anda mesti pernah dengar pasal Altha Korea kan? Saya pasti ramai yang dah tahu tentang kedai online sehenti yang menjual produk kecantikkan dan penjagaan K-beauty ni ya tak?

Althea Bare Essentials, Althea Bare Essentials Bagus Ke?, Althea Exclusives, Althea Korea, Produk Penjagaan Wajah, Bare Essentials, Gosip Tentang Althea Bare Essentials, K-Beauty, Kedai Online Althea Korea, Baby Baru Althea

Tapi anda dah tahu belum yang Althea Korea ada baby terbaru? Belum tahu? Eshh eshhh…meh sini saya cerita sikit.

Dulu Althea Korea dah pernah mengeluarkan barisan produk sendiri iaitu Petal Velvet Powder iaitu serbuk lut yang meninggalkan kesan kemasan makeup seperti satin licin bak sutera. Produk ni memang laku keras dan diakui terbaik keluaran Althea.

Kini yang terbaru pula, Althea Korea telah menggeluarkan baby terbarunya atas jenama Althea sendiri iaitu Bare Essentials iaitu produk penjagaan wajah yang merangkumi pembersih, toner dan juga pelembab.

Hebat ke tidak Althea ni?? Mestilah hebat ya tak, tapi boleh ke Althea Bare Essentials ni menandingi kehebatan produk sebelum ini yang meletop letop di pasaran? Bagus ke produk penjagaan wajah ini dari produk-produk Korea yang ada di pasaran sekarang ni?

Saya merupakan antara yang terawal menerima produk penjagaan wajah Althea Bare Essentials ni, juga merupakan mereka yang terawal telah mencuba produk Bare Essentials ke wajah sendiri.

Anda nak tahu apa yang terjadi ke atas wajah saya setelah menggunakan produk ini? Jom ikuti review saya samada bagus ke tidak produk ini setelah saya gunakan selama 2 minggu ke atas wajah saya.

Bagus Ke Produk Terbaru Althea Bare Essentials?

Althea Bare Essentials, Althea Bare Essentials Bagus Ke?, Althea Exclusives, Althea Korea, Produk Penjagaan Wajah, Bare Essentials, Gosip Tentang Althea Bare Essentials, K-Beauty, Kedai Online Althea Korea, Baby Baru Althea

Seperti yang saya dah maklumkan pada anda semua, produk penjagaan wajah Althea Bare Essentials ini merangkumi pembersih wajah, toner dan juga pelembab. Fungsi-fungsi satu-satu produk adalah seperti berikut :

  • Pembersih – Althea Bare Essentials Contour Cleanser

 

Althea Bare Essentials, Althea Bare Essentials Bagus Ke?, Althea Exclusives, Althea Korea, Produk Penjagaan Wajah, Bare Essentials, Gosip Tentang Althea Bare Essentials, K-Beauty, Kedai Online Althea Korea, Baby Baru Althea

Langkah pertama setelah anda buang segala makeup di wajah, mestilah kena basuh muka dengan pencuci muka dahulu. Saya gunakan Contour Cleanser yang saya terima dari Althea.

Apa yang dapati dan bagusnya tentang Contour Cleanser ni ianya :

  • Ianya merupakan pembersih yang kaya dengan buih yang mana ianya mampu menghilangkan kotoran sambil meningkatkan peredaran darah.
  • Mengandungi Kapsul mikro untuk pengelupasan lembut untuk menghilangkan kulit mati dan memberi kulit baru yang halus mulus.
  • Mengurangkan bengkak (wajah yang lebar) kepada V-shape.

Turut mengandungi bahan seperti Ice Plant yang juga menghidrat dan membantu mengurangkan  kemerahan, manakala Lemon myrtle kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit.

Nak lagi bagus, kenalah pakai set Primer Water dan Fixer Cream. Pelengkap kecantikkan rutin harian anda.

Contour Cleanser: 150g/5.29 oz ( RM23.00)

  • Toner – Althea Bare Esstentials Primer Water

Althea Bare Essentials, Althea Bare Essentials Bagus Ke?, Althea Exclusives, Althea Korea, Produk Penjagaan Wajah, Bare Essentials, Gosip Tentang Althea Bare Essentials, K-Beauty, Kedai Online Althea Korea, Baby Baru Althea

Langkah 2 pula adalah menggunakan Primer Water. Primer Water di patenkan dengan formulasi “dewdrops” yang melembutkan kulit dengan perlahan-lahan dan menutupi jurang antara liang roma dan kulit.

Terdapat juga bahan lain seperti snow lotus yang mampu melicinkan dan mencerahkan kulit, juga mampu melancarkan keadaan kulit yang tidak sekata.

Hanya perlu tuangkan sedikit keatas cotton (kalau tak ada cotton boleh aje titiskan di tapak tangan beberapa titis) dan sapukan secara merata ke wajah dan massage secara perlahan, ianya memberikan kelembapan segera serta berkesan. Terasa sejuk dan segar aje muka selepas menggenakan Primer Water ni. 

Gunakan bersama-sama dengan Contour Cleanser dan Fixer Cream untuk hasil terbaik!

Primer Water : 200ml / 6.76fl.oz

  • Pelembab – Althea Bare Essentials Fixer Cream

Althea Bare Essentials, Althea Bare Essentials Bagus Ke?, Althea Exclusives, Althea Korea, Produk Penjagaan Wajah, Bare Essentials, Gosip Tentang Althea Bare Essentials, K-Beauty, Kedai Online Althea Korea, Baby Baru Althea

Langkah ke 3 pula merupakan Fixer Cream. Pelembap di dalam balang kecil yang memberi kulit penghidratan sehingga 24 jam jauh ke dalam lapisan kulit untuk hasil yang lembab dan segar.

Tidak melekit dan tidak berminyak, apa yang lebih menarik untuk kulit wajah yang berusia macam saya ni, ia membantu pengeluaran kolagen. Hanya sapukan secara merata ke muka secara perlahan hingga diserap setiap hari.

BAHAN-BAHAN UTAMA

  • Trehalose – Humectant yang berkuasa mengekalkan kelembapan pada kulit
  • Teh Hijau Liar – Menghidrat, menenangkan kulit dengan antioksidan
  • Baobab Tree Extract – Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen

Fixer Cream : 50g / 1.76 oz (RM50.00)

Wajah hebat adalah dari kulit yang hebat! Bagaimana nak dapatkan kulit yang hebat? Gunakan produk yang berkualiti dan di akui selamat di gunakan di wajah.

Menjawab persoalan, bagus ke produk terbaru Althea Bare Essentials ni? Apa yang boleh saya katakan, Ya..produk ini memang terbukti bagus ke atas kulit wajah saya.

Saya yang nak masuk 5 series ni memang perlukan produk yang hebat dan selamat untuk merawat wajah saya yang semakin banyak garis-garis halus serta kulit wajah semakin kering. Sebab tu lah saya memang perlukan produk Althea Bare Esstentials dari Althea Korea ini.

Walaupun kulit wajah saya sensitif, apabila menggunakan Althea Bare Essentials ini, kulit wajah saya kelihatan lagi bersih, lembut, lembab, cerah dan gebu.

Apa yang saya suka sangat, jika saya tidak menggunakan sebarang makeup, wajah saya tak lah nampak kusam seperti sebelum ini. Bila bermakeup, tak nampak kesan bercapuk-capuk sana sini, sekata aje makeup saya.

Serius, memang saya puashati sangat-sangat. Akhirnya saya dah berjumpa dengan produk yang amat sesuai dengan kulit wajah saya. Boleh lah lepas ni saya perasan macam orang Korea yang punyai wajah licin tu..hehehe.

Althea Bare Essentials, Althea Bare Essentials Bagus Ke?, Althea Exclusives, Althea Korea, Produk Penjagaan Wajah, Bare Essentials, Gosip Tentang Althea Bare Essentials, K-Beauty, Kedai Online Althea Korea, Baby Baru Althea

Rutin Penjagaan Wajah Terbaru Saya – Althea Bare Essentials

Memang saya syorkan pada anda yang amat mementingkan penjagaan wajah, jangan ragu-ragu untuk menukar produk anda sekarang ini kepada Althea Bare Essiantials kerana ianya memang produk yang terbaik di pasaran alaf kini.

Dengan ramuan berkhasiat dan cara penggunaan yang mudah dengan rejim 3-produk sahaja, memang akan memudahkan rutin penjagaan kecantikan anda,  wanita bandar yang sentiasa sibuk tetapi tetap ingin memiliki kulit yang cantik dan berseri. 

Untuk dapatkan info lanjut tentang Athea Bare Essentials ini, anda boleh layari :

https://my.althea.kr/althea-exclusives

Althea Says – Great makeup starts from great skin