Big Box, cuti-cuti malaysia, Dekat Je, SkyAvenue, Tarikan Terbaru, Alive Museum, Genting Highland, Resorts World Genting, Percutian Singkat, Indoor Genting Highland, Aktiviti Menarik Di Genting

Alive Museum Antara Tarikan Terbaru Di SkyAvenue, Resorts World Genting

Jika anda tak tahu nak kemana untuk percutian yang singkat (day trip) bersama keluarga atau rakan-rakan anda, apa kata anda ke Genting Highland yang terletak di Pahang dan merupakan tempat percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia.

Terdapat banyak juga aktiviti yang disediakan di sini yang pasti akan melengkapkan percutian anda. Walaupun 20th Century Fox World Theme Park Genting belum lagi siap, anda masih boleh lagi melakukan aktiviti indoor. Banyak juga tarikan terbaru yang telah di buka buat pengunjung yang datang kesana.

Antara beberapa aktiviti yang menarik dan baru sahaja beroperasi untuk anda kunjungi di sana adalah ke Alive Museum Genting, Zombie Outbreak dan juga Jurassic Research Centre, ianya terletak di Big Box, SkyAvenue, Level 4.

Selepas di makeup di 3INA (Boleh KLIK DISINI UNTUK INFO 3INA ) kami menuju pula ke Alive Museum bersama anak dan rakan-rakan yang lain. Jom ikuti pengembaraan dan pengalaman kami di sana.

ALive Museum Genting

Big Box, cuti-cuti malaysia, Dekat Je, SkyAvenue, Tarikan Terbaru, Alive Museum, Genting Highland, Resorts World Genting, Percutian Singkat, Indoor Genting Highland, Aktiviti Menarik Di Genting

Saya kalau ke luar negara memang tak ketinggalan masuk ke museum 3D mereka seperti di Singapura, Korea dan beberapa negara lagi saya dah masuk. Sekarang dah ada pula di Sky Avenue, haruslah saya tak lepaskan peluang masuk ke sana, tempat orang kita masuk..tak kan tempat sendiri kita tak nak merasa pulak ya tak?

Pameran di Alive Museum Genting ni mempamerkan trick art, object art dan juga karya seni lain yang sangat menakjubkan. Kita yang masuk ke museum ini akan melihat perlbagai hasil karya seni melalui pengalaman 3 dimensi (3-dimensional) yang pasti membuatkan anda semua terpegun dan teruja.

Big Box, cuti-cuti malaysia, Dekat Je, SkyAvenue, Tarikan Terbaru, Alive Museum, Genting Highland, Resorts World Genting, Percutian Singkat, Indoor Genting Highland, Aktiviti Menarik Di Genting

This slideshow requires JavaScript.

Saya pasti anda tak akan rasa jemu untuk mengambil gambar di setiap hasil karya yang terdapat di sana. Setiap hasil gambar yang kita perolehi dan lihat di kamera atau phone, akan kelihatan cantik dan nampak real sangat.

Lepas bergambar-gambar, bolehlah upload ke instagram atau facebook gambar-gambar tersebut. Sure pengunjung sosial media anda akan terpegun melihat hasil yang anda perolehi dari gambar-gambar tersebut.

Saya bergambar? Of coz lah saya pun tak melepaskan peluang bergambar juga, tapi kebanyakkannya saya tangkap gambar anak aje lah..hehehe. Kita bagi peluang dekat anak lah pulak kan, mak-mak tangkap sikit-sikit pun ok dah untuk kenangan. Apa yang pasti Aeysha happy je bergambar sana sini di Alive Museum tersebut, macam-macam posing dia buat..hehehe.

Dengan lighting  dan hasil kerja yang menarik memang kita akan mendapat hasil gambar yang menakjubkan, seolah-olah gambar tersebut wujud di alam nyata.

Jika anda tidak berkebolehan untuk menangkap gambar dan tak tahu angle mana yang boleh mendapat hasil yang menarik, anda tak perlu risau kerana di setiap hasil seni tersebut akan terdapat gambar yang menunjukkan bagaimana cara yang betul untuk bergambar dan petunjuk arah di mana anda harus berdiri untuk menangkap gambar. Untuk mendapat hasil gambar yang cantik, anda harus ikut arahan yang diberikan.

Big Box, cuti-cuti malaysia, Dekat Je, SkyAvenue, Tarikan Terbaru, Alive Museum, Genting Highland, Resorts World Genting, Percutian Singkat, Indoor Genting Highland, Aktiviti Menarik Di Genting

Sesiapa yang belum pernah lagi masuk ke trick museum seperti ini, haaa…memang saya cadangkan anda singgah di Alive Museum ni. Sure anda dan anak-anak suka dengan pameran trick art yang ada disana. Percutian anda pasti akan lebih bermakna dan menyeronokkan.

Info lanjut mengenai Alive Museum ini, anda boleh layari :

FACEBOOK | INSTAGRAM

Location :
LEVEL4,
Sky Avenue,
Genting highland