Tampil Bergaya Dengan Koleksi Hari Raya Dari Alfio Raldo

Alfio Raldo Tampil Dengan Koleksi Hari Raya Yang Klasik Dan Elegan

Sempena nak menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi, maka ramailah yang akan membeli persiapan Raya seperti kasut, beg tangan, kemeja dan lain-lain lagi yang boleh dipakai semasa berkunjung ke rumah sanak saudara atau rakan taulan.

Hari Raya Aidilfitri kan setahun sekali, jadi tak salah untuk berbelanja membeli barang-barang baru buat keluarga. Masa-masa macam ni lah saya suka ambil peluang membeli belah barang keperluan Raya, tak sesak dengan orang dan lagi satu, masa-masa inilah banyak peniaga akan menawarkan harga yang sangat berbaloi.

Alfio Raldo Sentiasa Di Hati

alfio raldo, beauty, Bergaya Di Hari Raya, hari raya, Jam Tangan Alfio Raldo, Kasut Alfio Raldo, Kasut Raya, Koleksi Hari Raya, new collection 2019, Selamat hari raya, shoes, Tampil Beraya, Tas Tangan Alfio Rando

Tahun 2019 ini, Alfio Raldo iaitu jenama yang tidak asing lagi buat penggemar fesyen kasut dan tas tangan, tidak ketinggalan menampilkan “Koleksi Hari Raya” yang cukup klasik dan elegan, sesuai digayakan untuk semua acara. Bila di pakai, nampak anggun dan bergaya dengan adunan warna mewah, klasik dan terkini.

Walaupun jenama ini dah bertapak lebih kurang 20 tahun, tak bermakna orang berusia aje yang suka dengan jenama ini, anak-anak muda sekarang pun dah jatuh cinta dengan jenama Alfio Raldo ni.

alfio raldo, beauty, Bergaya Di Hari Raya, hari raya, Jam Tangan Alfio Raldo, Kasut Alfio Raldo, Kasut Raya, Koleksi Hari Raya, new collection 2019, Selamat hari raya, shoes, Tampil Beraya, Tas Tangan Alfio Rando

alfio raldo, beauty, Bergaya Di Hari Raya, hari raya, Jam Tangan Alfio Raldo, Kasut Alfio Raldo, Kasut Raya, Koleksi Hari Raya, new collection 2019, Selamat hari raya, shoes, Tampil Beraya, Tas Tangan Alfio Rando

“Koleksi Hari Raya” terkini yang begitu trendy, ranggi dan elegen dengan warna-warna menarik untuk di pakai pada pagi raya dan acara rumah terbuka. Bukan hanya setakat untuk Raya sahaja, ia juga direka untuk di suai padankan untuk dipakai ke semua acara seperti ke pejabat, rumah terbuka, majlis rasmi ataupun acara yang santai.

Jadi rambang mata saya bila melihat kasut-kasut dan tas tang yang sungguh cantik ini. Terdapat Wedges, tumit tinggi, sandal, sneakers dan loafers. Bermacam design dan color. Tengok itu nak, tengok ini nak..tak tentu arah pulak dibuatnya..hehehe.

Manakala pilihan tas tangan seperti tote bag, handheld boleh dipakai senada dengan kasut dan pakaian yang akan dipakai di pagi Raya. Pasti anda akan nampak lebih terserlah dan berketerampilan dengan koleksi terbaru Alfio Raldo ini.

Kalaulah saya ni tak ada masalah sakit pinggang, dah lama tau saya ambil kasut tumit tinggi yang ada di sini, tapi sebab tak boleh, saya ambil flat shoe sahaja tapi yang penting memberikan keselesaan buat saya apabila berjalan raya nanti. Kenakan pula dengan tas tangan Alfio Raldo yang cantik-cantik, perghhh haruslah nanti saya jadi tumpuan di Hari Raya..kihkihkih.

alfio raldo, beauty, Bergaya Di Hari Raya, hari raya, Jam Tangan Alfio Raldo, Kasut Alfio Raldo, Kasut Raya, Koleksi Hari Raya, new collection 2019, Selamat hari raya, shoes, Tampil Beraya, Tas Tangan Alfio Rando

Kalau tanya pasal kualiti, produk Alfio Raldo memang tak boleh disangkal kerana ianya diperhalusi dengan jahitan yang amat sempurna dan setanding dengan fesyen antarabangsa yang lain. Setiap barangan yang dihasilkan akan diperhalusi supaya ianya menepati kualiti yang dikehendaki oleh jenama Alfio Raldo.

Selain dari kasut dan tas tangan, jangan tak tahu, Alfio Raldo juga turut mempunyai koleksi jam tangan yang sungguh menarik, very up to date sehingga anak saya pun merengek nak dapatkan satu jam tangan untuk dia.

alfio raldo, beauty, Bergaya Di Hari Raya, hari raya, Jam Tangan Alfio Raldo, Kasut Alfio Raldo, Kasut Raya, Koleksi Hari Raya, new collection 2019, Selamat hari raya, shoes, Tampil Beraya, Tas Tangan Alfio Rando

Baju raya, kasut raya, beg raya semua dah beli, tapi masih pakai lagi jam tangan yang dah berkurun lama, apa kata tahun ni ganti jam tangan baru dengan jam tangan jenama Alfio Raldo ni..serba serbi baru dari atas hingga ke bawah gitu, haaa…baru lah boleh di panggil beraya dengan bergaya.

So macam mana bila dah tengok gambar-gambar di atas ni? Ada yang dah berkenan atau rambang mata? Kalau tengok gambar ni dah berpinau mata, belum lagi tengok yang lain, kalau tengok yang lain…tak tau lah leh jadi apa..juling kot hahaha.

Jika anda berminat untuk bergaya dengan Koleksi Hari Raya Alfio Raldo tahun ni, anda boleh terus ke department store seperti di Parkson Grand, Isetan, dan Metrojaya. Kalau tak ada masa nak pergi ke department store, anda boleh aja membeli secara online di Zalora, Lazada dan juga Shopee, cara ini juga memudahkan kerja anda tanpa melalui kesesakan lalulintas dan orang ramai. Amat mudah, ringkas dan pesanan anda akan terus berada di depan pintu dan sedia untuk di pakai.

Tampil Bergaya Dengan Koleksi Hari Raya Dari Alfio Raldo

Apa yang pasti, jenama Alfio Raldo memang tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas. Sentiasa menjadi kesukaan tak kira tua atau pun muda. Info lanjut boleh layari :

FACEBOOK | INSTAGRAM