Tadi baru dapat panggilan dari pejabat Lawyer… Now what??? Memang…memang…dah agak yang my ex akan buat macam2 benda yang akan melengah kan kes DIVORCE ni…

Kali ni apa dia buat sure sume org nak tahu betul tak!!!…Ok..biar kita berterus terang kat sini ya.. kali ni dia pertikaikan pulak alamat tempat aku duduk..Dia buat pertition baru bersabit tempat aku duduk sekarang yang beralamat di PJ SELANGOR dan Kes yg aku failkan di WILAYAH kerana alamat aku time belum mintak divorce di kawasan sana..Bermakna sekarang dia failkan kes yang baru untuk fight dgn aku…

Apa lahhh yg dalam kepala otak diaorg sekarang ni aku pun tak tahu..Selama 4 tahun aku turun naik court di wilayah untuk kes Fasakh ni..dia x pertikaikan pasal alamat..ni skrang baru dia nak pertikaikan..So apa cite dengan kes2 yang di jalankan sebelum ni!!!! Makna tak betul lah ya!!!!Sebab aku dah dok selangor tapi kes di jalan kan di Wilayah…Makna hakim ke..Mahkamah ke…time tu tersilap lah ya!!!!!

Actually ini kes yg the leatest dia buat kat aku…Sebelum ni mmg ada..haaa..ni senarai dia..

– Dia failkan kata aku NUSYUK..bermakna aku yg buat perangai bukan dia..(sedangkan dlm hal ni aku yg mintak divorce sb x tahan gan dia bersilih ganti pompuan n aku jumpa Video lucah dia)

– Dia failkan harta sepencarian..Ehhh bukan ke aku yang sepatutnya failkan kes tu sebab dia sebagai suami yg cari nafkah..dia yg berkerja dan aku tak…Dia mintak mahkamah bekukan akaun aku dan esset aku…Tak rasa pelik ke sedang kan dia yang berpangkat DATO’ dan byk harta pulak tu…

– Dia failkan kata aku yang keluar rumah dan duduk di rumah orang bukan berugama Islam..(.Yang aku hairan..dan aku dah berapa kali buat report polis sebab dia yg pack log rumah..dia yg tak bagi aku masuk dan biarkan aku dan anak perempuan aku yg br umur masa tu 5 tahun..dok merempat..tumpang sana sini..alasan dia packlog rumah ckp x nak org masuk..ahhh kelakar sungguh kan)

-Dia failkan ke mahkamah….supaya aku keluar dari rumah sekarang…Helloooo kau nak aku duduk mana..tepi jalan kaki gan anak aku ke??? Bolehhh…memang bolehhh tapi bila aku suruh kau siap kan rumah untuk aku…kau tak nak pulak..hahaha..last2 kau tarik balik kes

– Dia faikan pulak..haaaa ni lagi lah x masuk akal…Seorang suami dok failkan yang PERNIKAHAN KITA TAK SAH…..Bukan ke 20 tahun kita kawin dan dah ada anak2 sekarang dia kata tak halal/sah???? Bukan ke masa nikah dulu dia yang uruska semua nya?? Bermakna dia tak kisah mengatakan anak2 dia anak luar nikah??? Ohhh come on lah DATO HARIS…apa yg cuba kau buat ni..kau mengatakan 20 tahun kita duduk bersekedudukan lah ya..Kau tak malu ekkkk…( Aku lah yang penat naik mahkamah utk selesaikan kes ini… sebab aku tak nak org kata anak2 aku anak luar nikah dan aku tak nak org kata aku selama ni bersekedudukan…Akhirnya mahkamah keluarkan surat pengesahan nikah aku dn mengatakan pernikahan aku itu sah dari segi hukum dan undang2…Dan akhirnya aku sendirian ke prjabat ugama ambil sijil nikah yang baru)

-Sekarang…kes ni pulak kau nak buat…Aduhaiiiiii….hakim hakim sekeliannnn….mahkamah yg di hormati….Cuba lah buka mata dan minda anda sekelian…Cuba lah tengok apa yg cuba di buat oleh orang yang bernama DATO HARIS ini…Dia cuba nak melengah kan kes ini…korang tak nampak ke???? ( Setiap satu kes dah lah makan masa berbulan dan bertahun….kali ni…berapa lama lah pulak untuk selesaikan kes ini….Kalau dia berjaya dgn kes yg di kemukan…bermakna aku kena pulak bukak kes di SELANGOR….aduhaiii…duit semua tuuu..lps tu akan mula kan balik dari awal…berapa lama lah algi aku di gantung tak bertali!!!!!!!!)