Aktiviti hari ke 3 kami di Bohol. Banyak tempat kami pergi dan lakukan aktiviti yang belum pernah saya lakukan. Antara aktiviti yang harus dilakukan di Bohol Philippines, anda boleh baca sehingga habis entry ini. Rugi tau kalau dah datang ke Bohol tapi tak buat aktiviti-aktiviti ini.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik dan banyak lagi aktiviti yang anda boleh buat jika datang ke Bohol. Yang saya buat ni hanya sebahagian sahaja. Walau pun sebahagian tapi still menyeronokkan bagi saya.

Aktiviti Yang Harus Dilakukan Di Bohol Philippines

Antaranya adalah :-

Tarsier Sanctuary, Bohol

Aktiviti Yang Harus Dilakukan Di Bohol Philippines, Aktiviti Di Bohol Philippines, Tarsier Sanctuary Bohol

Sebelum ni ada juga tengok di internet berkenaan haiwan ini. Sekarang saya dapat melihat dengan mata kepala sendiri Tarsier sepecis yang semakin pupus di dunia ini.

Tarsier Sanctuary Bohol, Aktiviti Yang Harus Di Lakukan Di Bohol

Sebelum masuk ke kawasan Tarsier Sanctuary ni kita dapat melihat papan tanda yang mengatakan tidak boleh bising-bising, tak boleh ada flash dari kamera, tak boleh ada bunyi phone yang boleh membuatkan haiwan ini stress.

Tarsier ni sebenarnya haiwan pemalu, kalau dia rasa terganggu, dia akan cepat stress, bila dia stress dia akan bunuh diri dengan hantukkan kepala dia. Kesian kan!

Tarsier Sanctuary Bohol, Aktiviti Yang Harus Dilakukan Di Bohol

Sebab tu lah, saya berharap sesiapa yang pergi melawat Tarsier ni, ikut lah peraturan yang di beri. Masa saya pergi tu, ada jugak orang tak ikut arahan..dok pok pek nak bercakap. Geram sungguh saya dibuatnya.

Loboc River Cruise

Loboc River merupakan salah satu dari 4 sungai utama di Bohol, merupakan tempat tarikan pelancung di Bohol. Pengunjung akan menaiki restauran terapung dan di bawa menikmati pemandangan sepanjang sungai yang berliku tersebut sambil menikmati pemandangan perkampungan yang berada di sepanjang sungai Loboc.

Loboc River Cruise Bohol, Aktiviti Yang Hsrus Dilakukan Di Bohol

Kami pilih untuk makan tengahari di restauran terapung ini kerana ingin merasai suasana ber cruise sambil menikmati pemandangan sungai Loboc.

Loboc River Cruise, Sungai Loboc, Aktiviti Di Bohol

Sepanjang perjalanan kami dalam boat tersebut kami di hidangkan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi tempatan sana, sambil makan-makan sambil melihat pemandangan yang menarik di sepanjang sungai tersebut. Tenang aje rasa. (makanan non-halal tapi saya ambik sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja)

Loboc River Cruise, Aktiviti Di Bohol

Loboc River Cruise, Aktiviti Di Bohol, Percutian Di Bohol Philippines

Sepanjang perjalanan kami juga berhenti di satu perkambungan untuk melihat persembahan mereka, tapi kami tak turun pun dari boat. Mereka hanya buat persembahan di pelanta yang di sediakan di tebing sungai tersebut.

Loboc River Cruise, Percutian Di Bohol, Perkara Yang Harus Dilakukan Di Bohol

Loboc River Cruise, Percutian Di Bohol, Aktiviti Di Bohol Philippines

Zip-Line At Loboc Eco Adventure Park, Bohol

Zip Line ini adalah salah satu aktiviti yang harus dilakukan di Bohol Philippines. Memang kebanyakkan pelancong yang datang ke sini mesti lakukan aktiviti ini.

Zip-Line At Loboc Eco Adventure Park Bohol, Aktiviti yang harus di lakukan di Bohol

Wahhh…aktiviti ini memang menakutkan. Hanya anak dan kawan saya sahaja yang lakukan aktiviti tersebut. Saya hanya jadi tukang ambik gambar sahaja di bawah.

Mereka pergi dengan Zip Line dan balik dengan cable car. Actually kalau nak pilih pergi balik dengan Zip Line pun boleh jugak.

Zip-Line At Loboc Eco Adventure Park, Cable Car Di Loboc Adventure Park, Percutian Di Bohol

Bila saya tengok mereka happy lakukan zip-line ni, saya jadi cemburu pulak. Terasa nak buat jugak aktiviti tersebut, tapi tak ada siapa dah nak layan saya. Tak kan saya nak buat sensorang kot.

Hummm…memang menyesal tak buat zip-line ni. Siapa yang dah pergi sini, saya memang cadangkan anda buat jugak sebab nanti menyesal macam saya, sampai balik nyesal tau..hehehe.

Man Made Forest Bohol

On the way nak ke Coklat Hill sempat singgah bergambar di Man Made Forest. Salah satu tempat tarikan pelancong di Bohol. Kiranya satu kemestian untuk singgah di sini bergambar.

Man Made Forest Bohol, Percutian Di Bohol Philippines

Yang tak bestnya driver saya ni kalau suruh dia tangkap gambar, kurang nampak keindahan tempat tu..hahaha. Lagi pun kereta masa tu banyak pulak lalu lalang so dua tiga kali jugak ketepi ke tengah. Last-last bergambar je lah kat belakang pokok.

Man Made Forest Bohol, Percutian Di Bohol Philippines

Coklat Hill, Bohol

Disini kita dapat melihat keindahan alam semulajadi yang mana kita dapat melihat bukit-bukit kecil yang seakan-akan sama bentuk dan warnanya seperti coklat. Dikatakan terdapat 1200 -1700 lebih buah bukit yang berada di sini.

Coklat Hill Bohol, Percutian Di Bohol Philippines, Aktiviti Di Bohol

Masa saya di sini, penat jugak nak tunggu matahari pancarkan cahaya ke bukit-bukit tersebut. Maklumlah, camera saya tak lah canggih sangat, jadi gambar diatas adalah hasil yang saya dapat.

Kalau nak tengok gambar-gambar canggih, bolehlah google Coklat Hill nanti dapatlah tengok gambar-gambar yang cantik.

ATV/Buggy Ride

Aktiviti yang ini memang anak saya yang beria-ia nak buat, saya ikutkan aje lah, lagipun dah alang-alang berada dikawasan ni.

ATV/Buggy Ride, Percutian Di Bohol Philippines, Aktiviti Yang Harus Dilakukan Di Bohol

Saya hanya jadi penumpang aje. Dia yang bawak Buggy di kawasan perkampungan disana. Kemain seronok lagi dia, saya yang jadi penumpang naik kecut perut dengan cara yang dia bawak.

Akhir sekali kita beli t-shirt yang ada gambar kita bawa ATV dan BUGGY tersebut.

Bicycle Ride At Chocolate Hill Adventure Park, Carmen, Bohol

Bicycle Ride At Chocolate Hill Adventure Park Carmen, Bohol, Aktiviti Yang Harus Dilakukan Di Bohol, Percutian Di Bohol Philippines

Yang ini saya turut serta. Fuhhh nak naik ke sana pun kena lalui rintangan. Kena berjalan melalui jambatan gantung. Kena naik tangga sampai ke tempat bicycle ride tersebut.

Dah lah penat tak hilang, kena pulak naik bicycle tersebut yang ketinggian dia kira-kira 15 tingkat bangunan jugak lah. Saya ni dah lah gayat.

Tapi disebabkan nak jugak cuba, kena beranikan diri jugak. Akhirnya saya berjaya hingga kepenghabisan. Siap tangkap gambar lepaskan handle lagi..hahaha.

Bicycle Ride At Chocolate Hill Adventure Park, Carmen, Bohol

Di atas ni merupakan aktiviti yang harus dilakukan di Bohol Philippines. Kalau anda pergi jangan lupa lakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Walau penat dari pagi sampai pukul 6 petang baru selesai segala aktiviti kita untuk hari ke 3 ini. 2 jam perjalanan untuk sampai ke tempat penginapan, memang betul-betul penat tapi kami semua happy dan enjoy sangat. Kenangan yang tak boleh dilupakan ketika berada di sana.

Entry sebelum ini :- percutian ke bohol philippines dan island hopping di bohol philippines