Seawal pagi saya dah teruja sangat untuk aktiviti kami yang seterusnya iaitu berkayak. Tempat kami berkayak ini memang famous di kalangan pelancong asing. Aktiviti berkayak di Bor Thor Krabi ni memang saya dah plan awal-awal nak lakukan kalau datang di Krabi ni.

Mula-mula tu, perasaan takut memang ada sebab kami kebanyakkannya bukannya pakar bab berenang ni, tapi disebabkan keinginan nak mencuba tu kuat, kenalah buang perasaan takut tu dalam diri masing-masing.

Berkayak di Krabi Thailand, Bor Thor Thailand, Aktiviti Berkayak Di Krabi

Kami masih menggunakan khidmat Hassan(termasuk dalam package yang diambil).

Dalam pukul 9.00am hassan datang mengambil kami. Kali ini dia bawa van besar, fuhhh nasib baik sebab tak larat akak duduk belakang truck untuk perjalanan jauh macam ni..hehehe.

Dalam perjalanan ke sana, Hassan membawa kami melihat monyet memetik buah kelapa. Macam tak pernah tengok kat Malaysia, tapi memang tak pernah pun sebab duduk di bandar, tengok kat tv adalah. seronok jugak sebab lepas tu dapat minum air kelapa.

Aktiviti di Krabi melihat monyet panjat pokok kelapa

Aktiviti di Krabi, Melihat monyet panjat pokok kelapa

Selesai di kebun tengok monyet panjat pokok kelapa dan minum air kelapa, tiba masanya kami ke tempat berkayak. Teruja gila waktu tu..hehehe.

Kami diberi pilihan samada nak kan guide untuk bawa kami berkayak atau tidak. Satu kayak, boleh 3 penumpang. Kawan-kawan semua ambik guide, saya satu kayak bertiga tanpa guide. Saya tak ingat berapa harga, tapi anda boleh buat booking dengan Hassan.( akhir entry tentang Krabi,saya akan bagi nombor Hassan, jangan risau.)

Aktiviti Berkayak Di Bor Thor, Bor Thor Krabi

Aeysha memang teruja sangat. Dia lah yang pegang pendayung dan belajar berkayak. Nasib baik tak ada apa-apa..kihkihkih. Mama dia hanya duduk depan sebab mama tak pandai nak mendayung ni, jadi mama kena jadi tukang tunjuk arah. Kira ok lah jugak, boleh mama melaram dengan topi besar.

Berkayak, berkayak di Bor Thor Krabi, Aktiviti Berkayak

Berkayak di Krabi, Bor Thor Krabi, Aktiviti Berkayak

Berkayak di dalam Cave, Bor Thor Krabi, Aktiviti berkayak

Kami berkayak hingga ke Than Bok Khorani National Park, dan berhenti di sana untuk melihat keindahan dan sejarah cave tersebut. Tak lama kami berada dalam cave, yang penting bergambar. Biasalah, tempat-tempat macam ni memang kenalah bergambar. Rugi kalau tak bergambar.

Than Bok khorani National Park, Berkayak ke Bok Khorani National Park, Bor Thor Krabi

Than Bok khorani National Park, Berkayak ke Bok Khorani

Than Bok khorani National Park

Dah penat berkayak dan melawat cave, balik semula ke jetty. Disana terus kami dihidangkan makanan tengahari. Memang best. Penat-penat terus makan, apa lagi memang banyak akak makan.

Makanan yang dihidangkan makanan thai, kegemaran saya pulak tu. Tak pandang kiri kanan dah. Masing-masing pun kusyuk je makan.

Menjamu selera di Bor Thor Krabi

Bor Thor Krabi, Menjamu selera di Bor Thor KrabiAlhamdulillah, memang puas hati dapat berkayak di Bo Thor dan Than Bok Khorani dan makan-makan disini. Semua aktiviti yang kita buat untuk hari ini termasuk dalam package yang Hassan sediakan. Jadi bab makan kita tak perlu risau sebab sudah semestinya Hassan sediakan makanan halal untuk kita, sebab dia pun beragama Islam.

Bukan setakat ini sahaja, lepas makan makan kami di bawa pula tempat yang bernama Phu Tara. Entry selepas ini saya akan ceritakan pasal Phu tara, apa yang bestnya di Phu Tara ni.