Terima kasih tak terhingga pada SilenceBlogz kerana banyak membantu mama dalam merialisasikan impian mama untuk bertukar pada nama domain sendiri , tapi masih menggunakan hosting blogger.com lagi. Nak bertukar ke WordPress mama masih belum mahir kearah itu. Cuma di WordPress mama ada lah jugak blog yang free punya, just nak belajar-belajar dulu.Bila dah mahir nanti boleh lah difikirkan tentang WordPress pulak kan..

Dah masuk 2 tahun mama aktif berblogging semangat nak ada domain sendiri memang berkobar-kobar. Tapi simpan aje lah dalam hati dulu sebab banyak yang tak faham lagi. Sekarang ni bila dah faham sikit-sikit barulah mama berani nak bertukar arah. Itu pun atas ajaran dan pertolongan dari SilenceBlogz , orang yang banyak melayan kerenah yang perbagai mama ni.Pada kawan-kawan blogger yang banyak memberi tunjuk ajar sana sini, tak lupa juga mama ucapkan juga terimakasih banyak-banyak ya..Ajaran, nasihat dan tunjuk ajar kalian akan sentiasa mama semat dalam diri.

Tidak banyak perubahan cuma dari http://mamahannybunny.blogspot ke www.diarymama.com aje, yang lain masih sama, tiada yang lain ,melainkan sama..Page Rank pun jatuh ke O, tapi ada ke mama page rank?..heheheSekarang ni u all bolehlah sematkan dalam fikiran URL www.diarymama.com ya. Rajin-rajin le menjenguk Diarymama ini tau.

Kenapa mama letak nama Diarymama? Haaaa..ada jugak cerita disebalik nama ini. Nantilah mama akan ceritakan jugak bila mama rasa nak cerita ya.

Tags : Nama Domain Sendiri , Domain Sendiri , Domain , www.diarymama.com , www.silenceblogz.com