Di sini saya ingin memberitahu serba sedikit kefahaman saya antara Backpacker dan Flaspacker traveller. Saya terletak dalam kategori yang mana satu?

Disebabkan ramai yang confuse tentang list barang-barang dalam entry sebelum ini iaitu list barang-barang yang saya bawa untuk travel jadi saya ingin memberitahu semua bahawa saya ialah salah seorang ” Flashpacker.”

Apa beza Backpacker dan Flashpacker?

Backpacker atau Flashpacker

Image cartoon backpacker ( kredit image : WobblyBloggy )

Flashpacker ni bermaksud kita travel mengikut cara backpacker tapi kita upgradekan sedikit cara kita travel dari mereka. Dari segi barang-barang yang kita bawa akan lebih separuh dari backpacker.

Backpacker pula akan travel cara backpacking atau membawa barang-barang kurang daripada masa mereka tinggal disesebuah tempat. Mereka akan betul-betul budget dari segi wang. Makanan asal kenyang dah cukup buat mereka dan makan dimana sahaja.

Misalnya :

  • Kalau flashpacker bawa sikat , backpacker tak bawa. ( hanya tangan sebagai sikat )
  • Flashpacker bawa shampoo/conditioner , backpacker tidak.
  • Flashpacker bawa baju 6 helai , backpacker bawa 2.
  • Seluar dalam untuk 5hari travel flashpacker bawa 5/6  helai tapi backpacker hanya bawa 3 ( jangan terkejut ada yang akan terbalikkan seluar dalam yang dah berpakai untuk pakai keesokkan harinya )
  • Backpacker akan duduk di hostel ( 1 bilik berkongsi dengan backpacker yang lain ) tapi Flashpacker akan ambik hostel yang satu bilik atau duduk di homestay bukan hotel 4/5 star.
  • Backpacker sanggup menumpang kereta atau naik bas ke sesuatu tempat tapi flashpacker akan sewa kereta murah.

Walaupun kecil dan tak semewah di hotel besar tapi cukup ruang untuk tidur dan mandi sudah memadai untuk Flashpacker

Selalunya backpacker ni bergerak hanya sendirian atau berdua , mereka tergolong dalam kategori orang-orang muda atau pasangan yang tidak membawa budak-budak kecil.Mereka ini sanggup bergerak kesana sini menaiki kenderaan yang murah atau berjalan jauh untuk kesatu-satu tempat. Mandi..hurmmm jarang sekali.

Flashpacker ini pulak “kebanyakkan” membawa anak kecil, jadi adalah kemudahan yang selesa sedikit untuk anak-anak dengan cara Flashpacker ini.

Homestay tempat yang sesuai untuk Flashpacker

Macam saya yang suka travel , kadang-kadang setahun 1 ke 2 kali jadi saya akan letakkan diri saya dalam golongan Flashpacker kerana saya selalu akan bawa anak saya travel sekali. Ini juga salah satu cara macam mana saya boleh travel sana sini kerana cara Flashpacker juga boleh menjimatkan duit macam juga backpacker.

Kalau kita nak menjadi backpacker cuba kita ambil backpack untuk traveller kemudian kita isi barang-barang untuk sebulan , kalau kita rasa kita boleh terima untuk pakai semua dalam bag tu bermakna kita boleh menjadi backpacker tapi kalau tak boleh bermakna kita lupakan sahaja impian untuk menjadi backpacker..hehehe

Kebanyakkan saya perhatikan ramai yang mengaku menjadi backpacker tapi sebenarnya tidak ……cuma angan-angan semata.