Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila, FavePay, laman web Potboy Groceries, membeli belah dalam talian, Online To Offline, Acara Jualan Potboy O2O Groceries, Potboy O2O Groceries, Potboy O2O, Potboy O2O event

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila Di Acara Jualan Potboy O2O Groceries

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila Di Acara Jualan Potboy O2O Groceries | Dalam sejarah hidup saya, tak pernah saya masuk apa-apa cabaran/pertandingan di hadapan orang ramai secara persendirian. Tak kira apa sahaja cabaran atau pertandingan yang kena buat sensorang depan orang ramai, memang saya tak akan buat. Kalau berkumpulan tu adalah, tapi kalau sorang-sorang, awal-awal saya akan say no!

Entah macam mana, baru-baru ni saya cuba beranikan diri untuk mencabar diri saya sendiri dengan sertai cabaran yang telah diadakan di acara Jualan Potboy O2O groceries.

Bukan calang-calang cabaran tau, tapi cabaran makan mee maggi pedas gila. Pertama kali masuk cabaran, terus buat cabaran makan mee maggi pedas gila..hahaha tak ke gila namanya tu!

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila, FavePay, laman web Potboy Groceries, membeli belah dalam talian, Online To Offline, Acara Jualan Potboy O2O Groceries, Potboy O2O Groceries, Potboy O2O, Potboy O2O event

Sebenarnya bukanlah sebab nakkan kemenangan, kalau menang itu satu bonus, tapi kalau sebaliknya..saya akan berbangga dengan diri saya sendiri kerana berjaya menyahut cabaran sertai pertandingan sebegini yang mana tak pernah saya buat semumur hidup saya.

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila Di Acara Jualan Potboy O2O Groceries

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila, FavePay, laman web Potboy Groceries, membeli belah dalam talian, Online To Offline, Acara Jualan Potboy O2O Groceries, Potboy O2O Groceries, Potboy O2O, Potboy O2O event

Terdapat 3 cabaran yang telah di adakan sepanjang acara jualan potboy O2O Groceries yang di adakan selama 3 hari di Jaya One, Petaling Jaya. Antara 3 cabaran tersebut adalah :

  • 🌟 Cabaran minum Barbican.
  • 🌟 BonChili Challenge.
  • 🌟 Mee Maggi Pedas Gila.

Saya datang pada hari ke 3 untuk cabaran mee maggi pedas gila. Ramai juga peserta yang ikut sertai cabaran pada hari terakhir ini. Lebih kurang 35 peserta juga lah. Huhhh berdebar-debar jugak saya dibuatnya. Debaran makin terasa bila lihat ramai abang-abang sado dok join.

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila, FavePay, laman web Potboy Groceries, membeli belah dalam talian, Online To Offline, Acara Jualan Potboy O2O Groceries, Potboy O2O Groceries, Potboy O2O, Potboy O2O event, Potboy Groceries

Saya bab pedas ni boleh tahan lagi, bab makan laju umm pikir jugak 10 kali..hehehe. Untuk pusingan pertama, kami semua kena makan laju, maknanya 10 orang yang habis cepat akan layak ke pusingan seterusnya.

Bila bermulanya cabaran, saya dengan penuh semangat nak makan laju mee maggi pedas gila yang di sediakan untuk kami semua. Dengan penuh semangat masukkan banyak mee tersebut kedalam mulut dan cuba untuk telan, tapi…alamakkkk…nak telan tak boleh, kunyah-kunyah dan cuba telan…terasa kering dan tersekat. Kami tak di benarkan minum pulak tu..maka musnahlah harapan…hahaha.

Suapan pertama dah susah nak telan dan suapan kedua pun begitu, maka saya memperlahankan makan, memang dah tak boleh dah nak tanding lelaki-lelaki lain yang memang makan laju. Kita baru dua suapan, mereka dah nak habis makan..hehehe.

10 orang layak ke pusingan kedua, dan 4 layak ke pusingan final. Akhirnya abang sado kita ni berjaya membawa pulang hadiah RM1,111.00. Memang beliau layak selayaknya.

Walaupun saya tidak menang tapi saya tetap enjoy sertai cabaran yang di buat. Lepas aje lakukan cabaran tersebut, apa lagi, bershoppinglah saya di sana. Harga jualan yang di buat selama 3 hari memang murah kaw-kaw. Memang rugi lah kalau tak bershopping.

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila, FavePay, laman web Potboy Groceries, membeli belah dalam talian, Online To Offline, Acara Jualan Potboy O2O Groceries, Potboy O2O Groceries, Potboy O2O, Potboy O2O event, Potboy Groceries

Pemenang cabaran makan mee maggi pedas gila

Acara Jualan Potboy O2O Groceries

Mesti anda tertanya-tanya apa tu O2O, ya tak? o2o ni dalam bahasa English dia Online To Offline yang bermaksud barangan dalam talian di bawa ke luar talian iaitu membawa digital ke dunia perniagaan fizikal yang sebenar.

Potboy O2O Groceries merupakan kedai runcit dalam talian dan merupakan yang pertama buat jualan runcit online to offline di Malaysia.

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila, FavePay, laman web Potboy Groceries, membeli belah dalam talian, Online To Offline, Acara Jualan Potboy O2O Groceries, Potboy O2O Groceries, Potboy O2O, Potboy O2O event, Potboy Groceries

membeli belah menggunakan Favepay

Setelah mengetahui tawaran dalam talian yang besar di laman web Potboy Groceries, juga merupakan jenama barangan runcit yang terkenal, maka Potboy telah membawa semua jenama tersebut dalam satu acara untuk memberikan anda lebih banyak diskaun, hadiah percuma dan premium barangan.

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila Di Acara Jualan Potboy 020 Groceries, Potboy Groceries

Bayaran menggunakan FavePay

Apa yang menariknya, acara O2O event yang bermula dari 6 Julai 2018 yang di adakan di pusat membeli-belah Jaya One, Petaling Jaya, dianjurkan oleh Potboy Groceries bertujuan untuk memberi kemudahan buat para pelanggan dalam talian untuk membeli barangan runcit di luar talian tanpa membayar tunai hanya dengan menggunakan platform pembayaran mudah alih, FavePay.

Terdapat 40 jenama terkenal, antaranya Coca-cola, Nestle, F & N, Hershey, Homesoy, Brand, Jasmine, MamyPoko dan jenama isi rumah lain yang turut menyertai acara O2O event ini serta menawarkan diskaun sehingga 75%.

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila, FavePay, laman web Potboy Groceries, membeli belah dalam talian, Online To Offline, Acara Jualan Potboy O2O Groceries, Potboy O2O Groceries, Potboy O2O, Potboy O2O event, Potboy Groceries

Memang best dan satu pengalaman yang hebat kerana dahlah jualan yang di adakan murah-murah, saya tak perlu bersusah payah untuk mengangkat barangan ke kereta kerana Potboy O2O groceries juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma sehingga ke depan pintu rumah saya. Haa syiok ke tidak?

Nak tahu syiok ke tidak, anda lihat je lah saya berbelanja di sana…hehehe. Meriah sungguh kan?

Cabaran Makan Mee Maggi Pedas Gila, FavePay, laman web Potboy Groceries, membeli belah dalam talian, Online To Offline, Acara Jualan Potboy O2O Groceries, Potboy O2O Groceries, Potboy O2O, Potboy O2O event, Potboy Groceries

Serba Sedikit Mengenai Potboy Groceries

Potboy Groceries adalah destinasi membeli-belah dalam talian di mana anda boleh menemui jenama-jenama baru, menambah produk-produk harian yang anda sukai dan cari barangan yang terkini.

Di Potboy Groceries, memudahkan pengalaman membeli-belah anda dengan penemuan, petua dan alatan yang baik, dan inspirasi harian untuk kehidupan seharian. Menyediakan terus dari pembekal. Produk dihantar terus kepada pelanggan.

Jadi, anda boleh berbelanja dengan mudah dengan melawat Potboy Groceries. Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2016, Potboy Groceries dimiliki dan dikendalikan oleh PB Group dan kini berpangkalan di Lembah Klang.

Untuk info lanjut anda boleh layari

Website : https://potboy.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/potboygroceries

Ig : https://www.instagram.com/potboy_groceries/