Akhirnya sampai jugak serum rambut yang customer kirim. Ramai jugak yang order coolhijab ni, tak kira lelaki atau wanita yang menitik beratkan penjagaan rambut mereka. Kakak dan anak buah saya merupakan orang pertama order CoolHijab ni dan seterusnya dari Miri. Di sini saya saya kongsikan 6 Tips Penjagaan Rambut Dari CoolHijab buat wanita bertudung.

Cool Hijab -Keeping Your Hair Cool merupakan serum yang dicipta khas untuk wanita bertudung.

Bertudung bukanlah alasan untuk mengabaikan penjagaan rambut. Lebih-lebih lagi selepas mahkota wanita itu dibiarkan tertutup melebihi 8 jam sehari. Bagi yang bertudung, penjagaan rambut yang rapi adalah sangat penting kerana aliran udara yang tidak sempurna boleh merosakkan kesihatan rambut.

6 Tips Penjagaan Rambut Dari CoolHijab, CoolHijab Keeping Your Hair Cool, CoolHijab

Kakak saya merupakan orang pertama yang order dan suka CoolHijab ni. Katanya wangi dan sejuk bila dipakai.

Berikut 6 tips penjagaan rambut dari coolhijab untuk wanita bertudung yang boleh diamalkan.

  1. Tidak Seharusnya cuci rambut setiap hari –¬† Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali sedah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum memakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Syampu juga haruslah yang sesuai, kalau tidak selesa dan perlu cuci rambut setiap hari, pilih yang berasaskan herba. Cuci rambut sebelah petang atau malam selepas balik kerja atau beriadah disiang hari.
  2. Keringkan rambut secara semulajadi – Tidak kira panjang mana pun rambut anda, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum menggunakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala. Elak mengikat rambut ketika basah. Boleh juga guna pengering yang tidak panas atau gunakan kipas angin sambil jari jemari meleraikan rambut yang basah sehingga kering.
  3. Pilih kain tudung yang lembut – Pilih fabrik yang lembut, jangan pilih fabrik kapas kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala cepat berpeluh. Kalau selesa elakkan memakai serkup kepala.
  4. Rehat dulu – Bila sampai dirumah terus buka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Rehat selama 1/2 jam untuk peluh dikepala benar-benar kering. Sebaiknya buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan terus mandi sebaik sampai dirumah.
  5. Cari dan pilih syampu yang sesuai – Kena gunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala kita, Yang paling penting pilih yang berasaskan herba dan semulajadi. Elakan menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia.
  6. Atasi masalah rambut secepat mungkin jika ada – Biasanya memakai tudung ini kadang-kadang boleh mendatangkan bau tang tidak berapa menyenangkan diatas faktor kelembapan, terutama pada mereka yang cepat berpeluh. Apa juga masalah yang dialami anda haruslah snetiasa peka dan mencari jalan penyelesaian dan jangan pandang remeh masalah tersebut.

Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mandapatkan rawatan disalun, gunakan product CoolHijab yang dicipta khas untuk wanita bertudung.

Hasil kajian keatas beberapa wanita bertudung menggesyorkan CoolHijab. Ia benar-benar membantu wanita bertudung dengan selesa serta memelihara rambut dari rosak dan bau hapak.

6 Tips Penjagaan Rambut Dari CoolHijab, CoolHijab

Product CoolHijab yang diorder oleh customer

Cara pemakaian serum CoolHijab :-

  1. Syampu rambut terlebih dahulu sebelum guna untuk memastikan segala kotoran tanggal
  2. Disebabkan CoolHijab dicipta untuk wanita bertudung, kedinginan akan sentiasa berada didalam tudung. Bila berpeluh, kepala akan kembali sejuk dingin bila bercampur dengan CoolHijab. Bau wangi akan bertahan selama 8 jam malah sehingga 24 jam.
  3. CoolHijab akan merawat dari akar rambut yang gugur dan menggantikan semula pertumbuhan rambut kerana CoolHijab juga mempunyai vitamin rawatan rambut.
  4. kulit kepala tidak akan melekit. CoolHijab menggunakan Enrich Virgin Olive Oil dan bahan yang tidak akan berminyak dan melekit malah anda akan dapati tapak tangan anda tidak akan berminyak dan melekit. Tudung anda juga tidak akan kotor dan berbau hapak.
  5. Hanya beberapa titisan yang perlu anda gunakan bergantung kepada panjang rambut anda sehingga boleh menyerap ke kulit kepala.

 6 Tips Penjagaan Rambut Dari CoolHijab , Bahan-bahan yang ada dalam CoolHijab

Kalau inginkan sebarang pertanyaan dan pembelian boleh email ke- azhani_sn@yahoo.com atau text ke 0192172162