24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Sertai Cabaran 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Genting Highlands

Sertai Cabaran 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Genting Highlands | Kenapa saya suka sangat ke Resorts World Genting yang berada 6000 kaki dari paras laut? Salah satu sebabnya mestilah cuacanya yang sejuk dan nyaman bila berada disana. Ianya turut menyajikan keseronokkan dengan mewujudkan suasana kegembiraan buat saya sekeluarga.

Banyak aktiviti saya boleh lakukan di sana, bukan hanya setakat shopping tapi yang penting kalau nak makan tak susah kerana terdapat banyak kedai makanan boleh kita pergi, pilih aje makanan apa yang kita nak, kebanyakkan ada tersedia di bawah satu bumbung. Itu yang penting sebab semua sudah sedia maklum, makanan dan saya memang tak boleh dipisahkan…hehehe.

Baru-baru ini saya dan keluarga serta beberapa orang blogger menyahut cabaran sertai cabaran 24 Hours Food Trail di Sky Avenue, Genting Highland yang telah di anjurkan oleh pihak Resorts World Genting.

Kami di beri cabaran untuk makan dan minum di  20 outlet yang terpilih dalam masa 24 jam. Selepas lakukan setiap cabaran di setiap outlet, kami di arahkan untuk mendapatkan cop di setiap outlet yang kami singgah dan makan makanan yang mereka hidangkan atau kami boleh pesan makanan ikut menu yang kita nak makan.

Wahhh boleh ke saya lakukan cabaran tersebut dalam masa 24 jam? Tak pernah pulak saya makan dari satu kedai ke sana kedai sehingga 20 kedai dalam masa 24 jam, kiranya ini cabaran mencabar jugak tau buat saya walaupun saya ni kaki makan..hehehe.

Kalau anda nak tahu samada saya boleh ke selesaikan cabaran 24 Hours Food Trail di Sky Avenue ini dan mana satu kedai yang saya pergi, anda kena baca entry ni sehingga habis okay…huwaaahahaha!

Cabaran 24 Hours Food Trail Sky Avenue – Hari Pertama

Untuk cabaran 24 Hours Food Trail di Sky Avenue ni, setiap individu di beri kebebasan memilih mana satu outlet yang hendak kita pergi dahulu.

Melihat pada 20 nama-nama outlet yang terpilih yang di beri kepada kami, saya dan keluarga sepakat memilih untuk menikmati makanan di :

  • DC Comics Super Heros Cafe (perhentian yang pertama)

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Kami pilih DC Comics Super Heros Cafe sebagai hentian pertama cabaran 24 Hours Food Trail di Sky Avenue kami di sebabkan anak saya memang minat sangat dengan watak-watak superhero-superhero yang selalu di tayangkan di kaca tv atau pawagam. Lagipun makanan di restoran ni memang sedap-sedap, saya pernah menikmati hidangan di sini dan saya tahu kesedapan makanan mereka.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Hiasan dalaman yang bertemakan superhero membuatkan restoran ini unik sangat. Terdapat perbagai watak-watak superhero yang hebat-hebat menghiasi dinding restoran, tempat duduk, meja dan apa yang lebih menarik, makanan yang di hidangkan pun turut di letak dalam pinggan yang berlogokan superhero atau bekas yang berbentuk superhero. Bukan anak aje yang terpegun, mak pun turut terpegun tau..hahaha.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Di sini kami di beri kebebasan untuk memilih apa sahaja hidangan yang berada dalam menu. Haa apa lagi, sebab dah lapar so ambik makanan yang heavy le..hehehe.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

This slideshow requires JavaScript.

[ Klik gambar untuk slide seterusnya]

So bila anda dah tengok gambar-gambar yang di hidangkan pada kami di DC Super Heroes Cafe ni, anda rasa saya masih boleh teruskan cabaran yang seterusnya? Mestilah boleh beb…hahaha, kalau tak boleh..tak kan lah selalu orang panggil untuk food review ya dak?

Terus terang cakap, hidangan yang di hidangkan di sini bukan setakat cantik tapi sedap. Masing-masing makan sampai licin dan sampai kenyang ok..hehehe. Selesai sudah di perhentian pertama kami, so jom ikuti saya ke perhentian ke 2 pula.

  • IIAOIIAO (Perhentian Ke 2)

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Bila dah terlebih makan di perhentian pertama, kami sepakat untuk mendapatkan makanan yang tak terlalu berat. Kami seterusnya menuju ke LiaoLiao yang terletak di ground floor, Sky Avenue.

LiaoLiao ini merupakan outlet yang yang menjual perbagai jenis aiskrim yogurt dan juga smooties bersama yogurt. Pilihan yang tepat dan healthy setelah makan hidangan berat..hehehe.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Kami di beri satu pilihan iaitu aiskrim yogurt dalam mangkuk tapi di beri kebebasan memilih topping apa yang kami suka. Rasa aiskrim yogurt ni ada masam-masam sedikit tapi sedap dan tidak memuakkan kita.

  • Only Mee (Perhentian Ke 3)

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Kami seterusnya bergegas ke perhentian ke 3 iaitu ke outlet Only Mee yang mana di sini kebanyakkan makanan yang di hidangkan berasaskan mee.

Kami di hidangkan 4 jenis mee dalam mangkuk kecil iaitu Mee Laksa, Mee Kari, Mee Udang dan juga Mee Johor. Bukan itu sahaja, kami turut di beri ayam goreng, fish ball soup, lobak serta wantan goreng.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

This slideshow requires JavaScript.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Hidangan yang simple dan sedap serta tidak terlalu berat untuk saya meneruskan cabaran yang seterusnya. Kalau anda nak makanan yang simple dan tak berat, saya cadangkan anda ke sini. Makanan dalam mangkuk comel-comel je tau.

  • Boat Noodle (Hentian Ke 4)

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Haaa…Boat Noodle ni memang salah satu restoran thai yang saya suka pergi, tak kira di outlet mana sahaja, kalau teringin saya akan pergi. Kebetulan Boat Noodle merupakan pilihan untuk cabaran kami…sukalah saya..hehehe.

Di sini, masuk sahaja dalam restoran, kami di sambut dengan meriah oleh pekerja-pekerja restoran tersebut. Terasa happening pulak dengan keramahan setiap pekerja-pekerja di sini. Happy aje tengok mereka bekerja.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Kami di hidangkan dengan menu khas untuk kami, woww…ada menu khas untuk influencer lagi tau..terbaiklah..hehehe. Terdapat beberapa pilihan, kami memilih beberapa hidangan termasuk sangkaya yang amat sedap.

Selain menu yang di beri pada kami, sebenarnya banyak lagi hidangan yang sedap-sedap tau. Anda boleh lah cuba nanti kalau ke Sky Avenue ni.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

This slideshow requires JavaScript.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Kali ini, sahabat blogger yang turut sama dalam cabaran 24 Hours Food Trail ini Ellie Toh turut join saya menikmati hidangan makanan di sini. Tu yang nampak banyak mangkuk-mangkuk makanan atas meja kami..hahaha.

  • Sushi Zenmai (Hentian Ke 5)

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Hentian ke 5 pula kami sepakat ramai-ramai ke Sushi Zenmai. Walaupun perut dah terasa sedikit sendat, tapi kami tetap nak teruskan cabaran kami. Sushi kot..rugilah kalau tak nak makan, ya dak? Haahaha…

Sushi Zenmai memang tempat makanan Japanese yang saya suka pergi. Makanan dia memang terbukti sedap-sedap tak kira di mana outlet mereka.

This slideshow requires JavaScript.

Di Sushi Zenmai ini kami di hidangkan dengan perbagai pilihan sushi. Perghh banyak jugak hidangan yang di keluarkan untuk kami. Kali ni nasib baik Irene serta Ellie sekeluarga turut serta, kalau saya bertiga rasanya memang tak akan habis, memang serius banyak gila. Satu-satu hidangan mereka keluarkan, sampikan bila mereka nak keluarkan kami suruh stop sebab memang dah tak larat nak masuk dessert..hahaha.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Layanan yang diberikan pada kami pun tidak mengecewakan. Walaupun masa kerja dah habis, tapi sebabkan kami masih makan, mereka tetap layan kami, memang terbaik. Terima kasih pada staff Sushi Zenmai Sky Avenue.

Berakhirnya Cabaran 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue Untuk Hari Pertama

Sushi Zenmai merupakan hentian terakhir untuk hari pertama saya dan keluarga. Serius memang perut kami dah tak larat untuk di masukkan apa-apa makanan lagi. Kami sepakat untuk sambung menyahut cabaran ke esokkan harinya.

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

24 Hours Food Trail, 24 Hours Food Trail Di Sky Avenue, Boat Noodle, DC Comics Super Heros Cafe, Food Trail, Genting Highlands, IIAOIIAO, Only Mee, resorts World Genting, Sushi Zenmai

Bergegas masuk ke bilik yang di beri untuk kami menginap pada malam tersebut. Dapat pula bilik yang tersusun kemas dan cozy, terus mata rasa layu di sebabkan kekenyangan. Lepas mandi terus masing-masing berdengkur tidur tak ingat dunia.

Makan berakhirlah hari pertama dengan 5 outlet yang terlarat kami pergi dalam 20 outlet yang terpilih untuk cabaran 24 Hours Food Trail ini. Tapi tak apa, masih ada hari seterusnya untuk kami habiskan cabaran tersebut.

Anda rasa saya sempat habiskan ke semua outlet-outlet tersebut? Nantikan artikel seterusnya untuk menentukan samada saya berjaya atau tidak untuk menghabiskan 20 outlet tersebut.

Jika anda ingin menikmati makanan di Sky Avenue atau berhibur di sana, anda boleh layari :

https://www.rwgenting.com/