20th Century Fox World Studio Store Kini Di Buka Di Resorts World Genting | Pada 21hb April 2018, merupakan hari yang penuh bersejarah apabila 20th Century Fox World Studio Store telah membuka outletnya yang pertama di Resorts World Genting. Ianya juga merupakan outlet yang pertama di dunia.
Saya juga bertuah kerana merupakan antara mereka yang terawal menjejakkan kaki di outlet yang pertama di dunia ini. Serius teruja yang amat sehingga malam sebelum majlis perasmian kami beramai-ramai berkumpul dihadapan 20th Century Fox World Studio Store..hehehe. Tapi tidaklah sampai tidur di sana kerana kami di sediakan bilik hotel di RWG.
Hari terakhir kami bersama Irene di hadapan 20th Century Fox World Studio Store. Thanks Irene kerena selama ini banyak melayan kerenah kami semua. Harap dapat jumpa lagi ya!
Keesokkan harinya bersama rakan blogger dan media yang lain, beramai-ramai serbu outlet tersebut untuk menyaksikan perasmian yang penuh gilang gemilang di Sky Avenue, Resorts World Genting.
Perasmian 20th Century Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting
20th Century Fox World Studio Store merupakan antara sebahagian tarikan yang terbaharu di Sky Avenue, Resorts World Genting. Sementara nak nantikan 20th Century Fox World Theme Park di buka, anda bolehlah cuci-cuci mata dan bershopping dalam store yang merangkumi ruang 3,000 kaki persegi ini.
Store ini juga menawarkan hampir lebih 700 koleksi-koleksi dari beberapa filem Century Fox yang paling digemari seperti Ice Age, Night at the Museum, Planet of the Apes, Rio, Alien vs. Predator, Robots, Epic dan banyak lagi watak dari filem Century Fox.
Terdapat t-shirt yang mencuit hati, mug topi, fidge magnet dan perbagai lagi barang-barang yang menarik terjual di sana.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Deputy Chief Operatong Officer Resorts World Genting (Paul Baker), General Manager Design and Constriction 20th Century Fox World Malaysia (Jules Vallier) dan juga Senior Vice-President 20th Century Fox World Theme Park (Brian Machamer).
Para tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan tarian, para tetamu yang hadir juga turut menari-nari bersama penari-penari tersebut.
Turut menarik perhatian anak-anak adalah kehadiran maskot Ice Ace, Rio dan lain-lain. Memang meriah sungguh majlis perasmian perbukaan store 20th Century Fox ini.
Jom Ke 20th Century Fox World Studio Store Di Genting Highland
Jejakkan kaki sahaja di dalam 20th Century Fox World Studio Store tersebut, masing-masing teruja mendapatkan barangan yang sering di idamkan.
Saya pun sama, turut rambang mata melihat banyaknya barang-barang yang terdapat di store tersebut. Nak kata minat sangat tu..yang lebih minat anak saya lah, tapi sebabkan masing-masing teruja, saya pun sama terikut..hahaha.
Saya juga berkesempatan bergambar bersama Mr Jules Vallier dan juga Brian Machamer. Bangga jugak lah dapat bergambar dengan mereka yang berpangkat besar di dekat 20th Century Fox World Studio ni. Bukan senang nak bergambar dengan mereka, ada peluang ni memang tak saya lepaskan.
Bagi peminat fanatik aksi-aksi movie 20th Century Fox World Studio, bolehlah dapatkan barangan kesukaan anda di store ini. Dapatkan produk limited adition yang sangat terhad di sini.
Info lanjut anda boleh layari :
Dah lama betul tak pergi Genting… Last sekali pergi ke sana pada tahun 2004 kot… lepas tu dari sehari ke sehari nak berjalan-jalan ke sana tak sempat-sempat..
Anuar menulis…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!
Wah meriah ek pembukaan dia.
Barang pun byk dijual. Harga macamana? Ok tak? Ke overprice.
Semangat betul sampai tidur depan kedai. Mesti akak peminat setia Fox Studio kan.
amirnawawi menulis…Tingkah Geruh, Memartabatkan Seni Budaya Nusantara
Omg im so jealous. Nak ke Genting pun netah bila ni. Kekangan masa aje kerjaan. Seronok tengok akak bersantai, dapat pula pergi mall of the world gitu. Kena betul2 plan ke sana nanti ni.
Yanty Lee menulis…Badminton – Pertandingan Suka Suki
Awesome! Akhirnya bukak pun tempat ni setelah sekian lama tutup. Duk tunggu bertahun tahun tak bukak bukak. Semua ride dah dibuka ke ade sikit sikit je bukak?
Wah, dah lama gila tak gi Genting! Akhirnya bukak jugak kan lepas bertahun tahun tunggu. kat situ ride semua dah bukak ke? Ke dia baru bukak sikit-sikit? Harga dia ok tak?
Puteri Nabila menulis…Baby kick 1,2,3! Kick 1,2,3…
wah, wah. sampai berkhemah bagai menunggu di hadapan pintu masuk. betul-betul excited dan minat yang tinggi nampak. so, satu tarikan baru bila ke genting highlands nanti. takde la hanya semata-mata tuju ke genting premium outlet je kan. ada juga tempat lain nak gi. lebih-lebih lagi peminat 20th century fox. saya pun suka movie-movie daripada 20th century. so, tanpa ralat akan ke sana, insyaAllah. terima kasih atas makluman.
Syiokkkk nya tengok dia. Nina dah lama tak pi Genting. Dah macam² ada nampaknya. Lagi menarik tu… Nak pi nanti kena standby cash bebanyak baru puas. Hehee
Nina Mirza menulis…Giler laaa…!! Diskaun lebih RM1k di Agrofarmstay Melaka
WAh menariknya ! Airah tak pernah pergi genting sedih gila hahahah lepasni boleh la ajak husband dah macam macam ada kat sini
I dah lama tak pergi Genting. Nampak best je the opening of the Century Fox World. Will check this out when I go to Genting.
Oo ingatkan ramai-ramai tidur depan store tu. Hehe. Ana sempat lalu je hari tu. Next time nak singgah lah. Boleh cuci mata kot kot ada yang berkenan kan. Macam-macam ada nampaknya tu sis. Sediakan ongkos nya saja kan. Hehe
Wow tarikan baru di genting. Best ni. Lama tak naik genting macam-macam benda baru. Ketinggalan sungguh ni. Nanti bolehlah ajak suami naik genting. Kitorang memang minat dengan barang-barang macam ni.
meriahnya pembukaan dia. macam mana la kalau dah dibuka semua nanti ya. bila agaknya tu? dah tak sabar
meriahnya pembukaan dia. macam mana la kalau dah dibuka semua nanti ya. bila agaknya tu? dah tak sabar nak tunggu ke sana
Wah, macam-macam ada kat Genting Highlands sekarang ni kan. Store 20th Century Fox dah buka, mesti tak lama lagi outdoor themepark pun bakal dibuka kan? Tak sabar nak bawa satu family jalan-jalan Genting Highland, dah 7 tahun tak pergi sana.
Dah lama sgt tak pegi genting. Lepas ni kena la kot rancang utk ke sana pulak
Kauthar mohd menulis…7 Tips Hilangkan Parut Jerawat Dengan Selamat & Mudah
Amboi gigih tido sampai depan pintu nak jadi orang terawal ada harga murah ker masa buka tu hehehehe. Ada cenderamata jer ker kat sana menarik juga banyak buka jauh sana…
Jeles ni liez.. akak boleb jd org pertama masuk 20th century fox world studio.. brg2 pun mcm menarik je.. ada show lagi.. ada koleksi filem2 terbaik
Harga ok tak? Hopefully affordable la. Nampak menarik merchandise nyer.
Pertama di dunia! Wow bangga sekejap. Byk yg ada di GH now. Menarik. Aida ni dok tunggu theme park sebenarnya. Kononnya baru la nak naik GH. Hmmmm satu persatu tarikan terbaik di GH. bagus.
wahhhhh sampai tidur di sana untuk menunggu acara pembukaan 20th century studio store nie. Pasti banyak merchandise cantik2 kan. takut nak masuk situ, takut ter spend banyak duit. hahahahaha. anyway, tahniah di atas pembukaan fizikal storenya yg pertama
Dari hari tu asyik terbaca pasal Genting je. Last kita pergi 9 tahun lepas. Dah macam-macam ada dekat Genting, sekarang ada 20th century studio store pulak. Tunggu anak besar sikit boleh jalan sana.
Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri sis.
Studio ini baru di beli oleh disney dan segala harta intelek mereka dah ada bawah bumbung yang sama
Ibu Zaid menulis…Makan sedap di Shah Alam? Aduh laparnya! Ini 10 Tempat best lazat & bersih.
Macam macam dah ada di GH. Last pergi anak anak kecil lagi. Setahun n dua tahun. Sekrang masing masing dah sekolah. Entah bila dapat perginya. Kalau pergi GH memang serbu juga 20th century fox world studio store.macam saya memang akan cari mug lah.
Wah memang kena pergi ni, ruby suka karektor kartun dari fox studio, tambah-tambah lagi ice age. bawak budak-budak ni mesti seronok betul, adam mesti kecoh nak tengok itu ini. huhuhu
so excited to see this studio store opening that day. i have bought a few home and love it so much. wanna visit them again on my next visit.