Majlis Penyampaian Hadiah #PowerYourLunchBox Anjuran Mission Foods Dengan Kerjasama Aeon | Pada tarikh 12 May 2018, saya berkesempatan menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada 20 peserta yang bertuah dalam pertandingan #PowerYourLunchBox anjuran Mission Foods dengan kerjasama Aeon.
Kebanyakkan pemenang turut menghadirikan diri dalam majlis penyampaian hadiah istimewa di Aeon Mall Shah Alam di mana mereka menerima pengiktirafan untuk ciptaan mereka dan menerima hadiah mereka dalam suasana yang santai tapi penuh bermakna buat pemenang.
Seronok betul menyaksikan mereka-mereka yang menang dalam pertandingan tersebut, jeles pun ada..hehehe. Tapi memang layaklah mereka menang sebab mereka dah bertungkus lumus untuk memenangi pertandingan ini.
RM20,000 Voucer Tunai Untuk 20 Pemenang Bertuah #PowerYourLunchBox

Mark Tan, (barisan belakang, keempat dari kanan) dan Suhaila Haji Bakri,Store Manager of Aeon Mall Shah Alam (barisan depan, ketiga dari kanan) bersama pemenang yg memenangi pertandingan #PowerYourLunchbox di Aeon Mall Shah Alam baru-baru ini.
Kesemua 20 pemenang yang bertuah tersenyum gembira membawa pulang baucher tunai bernilai RM1,000 setiap seorang hasil kemenangan dari pertandingan #PowerYourLunchBox anjuran Mission Foods dan Aeon.
Pertandingan yang di buat secara dalam talian yang mencabar pengguna untuk menyampaikan serta memberi idea menghias serta menghidangkan kotak makanan yang tengahari yang paling kreatif.
Sebelum ini pihak penganjur hanya akan memilih 10 pemenang sahaja, tapi di sebabkan sambutan yang hangat dengan penyerahan kreatif yang menarik menyebabkan Mission Foods telah meningkatkan kepada 20 pemenang.
Pertandingan #PowerYourLunchBox ini telah di jalankan di platform media sosial AEON dan Mission Foods dari 1- 31Mac. Untuk layak, para peserta hanya perlu membeli 2 pek bagi setiap produk Mission di kedai AEON sebelum penyerahan kreatif masing-masing.
Kalaulah saya tahu ada pertandingan sebegini, harus saya masuk sebab saya pun suka beli barangan Mission Foods dan saya juga rajin bershopping di AEON. Tapi tu lah, rezeki bukan berpihak pada saya..huhuhu.
Pertandingan #PowerYourLunchBox
Semua sudah maklum, rakyat Malaysia ni kebanyakkannya kreatif, ini jelas bila dilihat pada hasil kreatif 20 resipi yang memenangi. Antaranya merupakan masakan kegemaran Malaysia seperti Pita Ayam Percik, Scrambled Otak Otak Wrap, Kangkung Goreng Belacan Quiche, Salted Egg Chicken Wrap, Rendang Pizza dan juga Grilled Chicken Satay Wrap.

Mark Tan, Head Of Sales Manager of Mission Foods Malaysia berkongsi mengenai kerjasama antara Misi Makanan dan Aeon untuk kempen #PowerYourLunchbox.
Menurut kata Mark Tan, Head of Sales Manager, Mission Foods Malaysia.
“Kami mengadakan peraduan ini untuk memberi inspirasi kepada pengguna untuk mencuba dan membuat sendiri lunch box yang sesuai dengan Mission Foods. Sambutan yang menggalakkan dan kualiti penyerahan pertandingan mengatasi jangkaan. Calon pertandingan yang dipilih juga datang dari pelbagai bahagian di Malaysia.
Apa yang lebih menarik lagi untuk pemenang #PowerYourLunchBox ini, sebagai tambahan kepada baucher tunai AEON bernilai RM20,000 tersebut, semua resipi yang memenangi akan di terbitkan dalam risalah yang akan di keluarkan pada bulan Julai yang akan di sediakan percuma dengan pembelian 2 Mission Wraps di semua pasaraya yang mengambil bahagian.
- Pemenang Michelle Lim menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Arun Kumar menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Anne Teo Hui Ping menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Michelle Ng Cheah Ying menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Terence Tang Heng Thai menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Nor Shuhada binti Mohamad Shafie menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Choi Lie Chean menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Syazwin Hayati Mohamed Ridzwan menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Tan Whei Sian menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Stephanie Lok Len Peng menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Zurina Omar menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
- Pemenang Zaihasra bt Abdul Kadir menerima RM1,000 cash voucher prize dari Mark Tan dan Suhaila Haji Bakri
Bila di soal apa yang akan mereka lakukan dengan baucher tunai tersebut, rata-rata dari mereka berharap untuk membeli lebih banyak produk Mission di AEON dan menikmati makanan yang di masak di rumah dengan orang tang tersayang.
Kalau saya yang menang pun, saya akan buat perkara yang sama sebab produk Mission ni tahan lama dan boleh di buat menjadi makanan yang berkhasiat. Makna saya bolehlah makan makanan yang berkhasiat selalu bersama keluarga.
So, kalau anda nak melihat dan turut ingin mencuba resepi-resepi dari peserta yang memenangi pertandingan #PowerYourLunchBox anda bolehlah segera ke Pasaraya yang berdekatan anda dan membeli 2 Mission Wraps tersebut. Haa…nanti bolehlah tunjukkan dengan saya hasil masakan dan hiasan anda pula..hehehe.
Untuk info lebih lanjut boleh layari :
Mission Foods website: www.missionfoods.com.my
Facebook pages: https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia/
Instagram: @missionfoods.my
wahh untunglaa dorang. siapa je tak happy rm1000 tu! khai sendiri pengguna produk ni. bulan puasa pun beli buat stok. mudah dan cepat. sedap pun sama!
wahh untunglaa dorang. siapa je tak happy rm1000 tu! khai sendiri pengguna produk ni. bulan puasa pun beli buat stok. mudah dan cepat. sedap pun sama kan!
Syok tu pemenang dpt adiah voucher rm1000 bole shopping di aeon.. Product mission wrapped ni slalu juga tgk.. Tp xterbeli lg.. Nanti bole cuba.. Tahniah utk semua pemenang
Dekat aeon shah alam ke ni kak? dekat sangat ha dengan rumah ainy. Alhamdulillah dan
tahniah kepada pemenang. moga next ada rezeki akak pulak ke kan. ainy doakan kak. 😍
Tahniah buat semua pemenang..untung betul la..hadiah betul2 lumayan tu ha…harap ada lagi contest akan datang..so everyone kena alert la kan…hadiah lumayan tu macam- macam boleh beli kan..nak- nak dah nak raya ni..sedikit sebanyak membantu..SA plak memang selalu beli product missions tu..mudah dan cepat..
Dgn kreatif je boleh menang rm1k kan.. mmg seronok . Tp mmg best dpt cipta lunch box mcm2 gaya dan bentuk ni.. anak2 mesti suka
tahniah buat pemenang..wahh untungnya tu boleh menang voucher RM1k kat Aeon..macam macam boleh dibeli..pasti kreatif diaorg ni semua kan
Tahniah pada yang menang. Bahagianya dapat shopping time Ramadhan ni dengan hadiah kemenangan tu kan.
Ingat sorg rm20000.. Hihi.. Tapi oklah dapat 1k setiap sorang… Rezeki sgt tu dorg dapat… Idea masakan yg dicipta pon power2.. Mmg sesuai sgtla namakan program #poweryourlunchbox ni kan..Tahniah semua pemenang!
Wah..tahniah kepada semua pemenang. Yang muslim tu, kiranya rezeki Ramadhan la kan..macam rezepi resipi ada tu, bolehlah try utk juadah berbuka sebulan ni kan
JMR menulis…3 Pilihan Hadiah Hari Jadi Yang Menarik di Printcious
Wah tahniah kepada pemenang! Ika pun kalau diberi peluang next year Ika sure masuk punya. Hadiah yang lumayan ni sapa tak mahu kan?
Tahniah kepada semua pemenang kerana memenangi hadiah cash voucher.lumayan juga hadiah yang dimenangi.mesti rasa seronok menang, siapa yang tak suka. Bukan mudah masuk contest yang melibatkan menu masakan nih.mencabar sket
Tahniah kepada pemenang. Kenapalah eiza tak tahu pertandingan ni. Kalau tahu, konfem nak join juga. Hadiah pun lumayan jika menang. Thanks di atas perkongsian.
Kalau kita join, entah apa rupa paras lunchbox kita tue ek…. Kita tak kreatif, cuma kalau buat memang ikut selera sendiri je.. Risau orang lain tak berkenan je… So kebarangkalian nak menang tue, tipis sangat..
Apa2 pun tahniah kepada semua pemenang 😉
Bro Framestone menulis…Benefits of Choosing Serviced Apartment Rather Than Staying in a Hotel
Alamak kenapa kita taj tahu ada contest ni…. huwarrr… kalau tak boleh cuba nasib. Btw,tahniah buat pemenang-pemenang kerana anda memang terbaik dan kreatif.
Tahniah kepada 20 pemenang dan memenangi hadiah lumayan sebanyak RM1000. Banyak tu boleh shopping macam-macam dekat AEON ni. Dah dekat nak raya ni kan. Lagi lah best dapat shopping apa je kan.
Wow! Fantastic prizes. I only wish I knew about this contest. I would have love to take part as I do buy quite a bit of pita bread from Mission. Congrats to the winners
Great contest! The price is so tempting, those who love Mission wraps should really grab this opportunity and take part in it, I’ll spread the word to my buddies.
woww menang seribu tu syok la huhu. saya memang selalu je beli wrap dari mission ni. puas hati sangat
kauthar mohd menulis…Testimonial Saiz Fibroid 2cm Kecut Dan Hilang. Apa Yang Berlaku?
Lepas ni kak hanny power lah buat wrap ni eh. Bagus penganjur ni, dia tahu banyak sambutan deorang tambah hadiah. Suka event yang tak kedekut macam ni.
Zayani Zulkiffli menulis…Tambah Ilmu Tentang Kesihatan Kaki di Sunfeet
Lumayan juga hadiah untuk pertandingan ini kan. Patutlah ramai yang masuk
Ibu Zaid menulis…Tempat menarik di Kelantan waktu malam & siang! 10 Lokasi Comel Lote