#PowerYourLunchBox, kerjasama Aeon, Majlis Penyampaian Hadiah, anjuran Mission Foods, Untuk 20 Pemenang Bertuah, RM20,000 Baucher Tunai, Pertandingan #PowerYourLunchBox, AEON, Mission Foods

RM20,000 Diberi Kepada 20 Pemenang #PowerYourLunchBox Anjuran Mission Foods Dan Aeon

Majlis Penyampaian Hadiah #PowerYourLunchBox Anjuran Mission Foods Dengan Kerjasama Aeon | Pada tarikh 12 May 2018, saya berkesempatan menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada 20 peserta yang bertuah dalam pertandingan #PowerYourLunchBox anjuran Mission Foods dengan kerjasama Aeon.

Kebanyakkan pemenang turut menghadirikan diri dalam majlis penyampaian hadiah istimewa di Aeon Mall Shah Alam di mana mereka menerima pengiktirafan untuk ciptaan mereka dan menerima hadiah mereka dalam suasana yang santai tapi penuh bermakna buat pemenang.

Seronok betul menyaksikan mereka-mereka yang menang dalam pertandingan tersebut, jeles pun ada..hehehe. Tapi memang layaklah mereka menang sebab mereka dah bertungkus lumus untuk memenangi pertandingan ini.

RM20,000 Voucer Tunai Untuk 20 Pemenang Bertuah #PowerYourLunchBox 

#PowerYourLunchBox, kerjasama Aeon, Majlis Penyampaian Hadiah, anjuran Mission Foods, Untuk 20 Pemenang Bertuah, RM20,000 Baucher Tunai, Pertandingan #PowerYourLunchBox, AEON, Mission Foods

Mark Tan, (barisan belakang, keempat dari kanan) dan Suhaila Haji Bakri,Store Manager of Aeon Mall Shah Alam (barisan depan, ketiga dari kanan) bersama pemenang yg memenangi pertandingan #PowerYourLunchbox di Aeon Mall Shah Alam baru-baru ini.

Kesemua 20 pemenang yang bertuah tersenyum gembira membawa pulang baucher tunai bernilai RM1,000 setiap seorang hasil kemenangan dari pertandingan #PowerYourLunchBox anjuran Mission Foods dan Aeon.

Pertandingan yang di buat secara dalam talian yang mencabar pengguna untuk menyampaikan serta memberi idea menghias serta menghidangkan kotak makanan yang tengahari yang paling kreatif.

Sebelum ini pihak penganjur hanya akan memilih 10 pemenang sahaja, tapi di sebabkan sambutan yang hangat dengan penyerahan kreatif yang menarik menyebabkan Mission Foods telah meningkatkan kepada 20 pemenang.

#PowerYourLunchBox, kerjasama Aeon, Majlis Penyampaian Hadiah, anjuran Mission Foods, Untuk 20 Pemenang Bertuah, RM20,000 Baucher Tunai, Pertandingan #PowerYourLunchBox, AEON, Mission Foods

Pertandingan #PowerYourLunchBox ini telah di jalankan di platform media sosial AEON dan Mission Foods dari 1- 31Mac. Untuk layak, para peserta hanya perlu membeli 2 pek bagi setiap produk Mission di kedai AEON sebelum penyerahan kreatif masing-masing.

Kalaulah saya tahu ada pertandingan sebegini, harus saya masuk sebab saya pun suka beli barangan Mission Foods dan saya juga rajin bershopping di AEON. Tapi tu lah, rezeki bukan berpihak pada saya..huhuhu.

Pertandingan #PowerYourLunchBox

Semua sudah maklum, rakyat Malaysia ni kebanyakkannya kreatif, ini jelas bila dilihat pada hasil kreatif 20 resipi yang memenangi. Antaranya merupakan masakan kegemaran Malaysia seperti Pita Ayam Percik, Scrambled Otak Otak Wrap, Kangkung Goreng Belacan Quiche, Salted Egg Chicken Wrap, Rendang Pizza dan juga Grilled Chicken Satay Wrap.

#PowerYourLunchBox, kerjasama Aeon, Majlis Penyampaian Hadiah, anjuran Mission Foods, Untuk 20 Pemenang Bertuah, RM20,000 Baucher Tunai, Pertandingan #PowerYourLunchBox, AEON, Mission Foods

Mark Tan, Head Of Sales Manager of Mission Foods Malaysia berkongsi mengenai kerjasama antara Misi Makanan dan Aeon untuk kempen #PowerYourLunchbox.

Menurut kata Mark Tan, Head of Sales Manager, Mission Foods Malaysia.

“Kami mengadakan peraduan ini untuk memberi inspirasi kepada pengguna untuk mencuba dan membuat sendiri lunch box yang sesuai dengan Mission Foods. Sambutan yang menggalakkan dan kualiti penyerahan pertandingan mengatasi jangkaan. Calon pertandingan yang dipilih juga datang dari pelbagai bahagian di Malaysia.

Apa yang lebih menarik lagi untuk pemenang #PowerYourLunchBox ini, sebagai tambahan kepada baucher tunai AEON bernilai RM20,000 tersebut, semua resipi yang memenangi akan di terbitkan dalam risalah yang akan di keluarkan pada bulan Julai yang akan di sediakan percuma dengan pembelian 2 Mission Wraps di semua pasaraya yang mengambil bahagian.

Bila di soal apa yang akan mereka lakukan dengan baucher tunai tersebut, rata-rata dari mereka berharap untuk membeli lebih banyak produk Mission di AEON dan menikmati makanan yang di masak di rumah dengan orang tang tersayang.

Kalau saya yang menang pun, saya akan buat perkara yang sama sebab produk Mission ni tahan lama dan boleh di buat menjadi makanan yang berkhasiat. Makna saya bolehlah makan makanan yang berkhasiat selalu bersama keluarga. 

So, kalau anda nak melihat dan turut ingin mencuba resepi-resepi dari peserta yang memenangi pertandingan #PowerYourLunchBox anda bolehlah segera ke Pasaraya yang berdekatan anda dan membeli 2 Mission Wraps tersebut. Haa…nanti bolehlah tunjukkan dengan saya hasil masakan dan hiasan anda pula..hehehe.

Untuk info lebih lanjut boleh layari :

Mission Foods website: www.missionfoods.com.my

Facebook pages: https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia/

Instagram: @missionfoods.my